Tuesday, November 2, 2010

~ bibir tersenyum, hati menangis pilu..~

bila orang bercerita kita dengar..
bila orang menagis kita sebak...
sebab kita pernah lalui apa yg dia lalui..
sayu.. tp harus dikuatkan rasa hati
untuk memberi semangat dan juga sebagai kekuatan diri
agar tidak mudah rebah dan lemah terbuai oleh perasaan..

senyuman yang dilihat tidak sama sekali sama dengan apa yg dirasa
senyuman yang dilampirkan hanya lah mainan serta lakonan..
senyuman itu adalah untuk membuat orang lain merasa gembira
senyuman itu hakikat nya untuk menutup kesdihan dan kesakitan yang dirasakan

sungguh hati ni tak mampu menipu rasa sakit itu.
walaupun bibir tersenyum dan bergelak tawa dengan nada irama yang entah apa apa
namun hakikat nya hati merintih pilu.
di hati ini rasa mahu menjerit..
walaupun hakikat nye tak mampu untuk dilakukan.

senyuman palsu...
hati : kenapa tersenyum sedangkan hati sakit
bibir : perlu untuk mengubat hati yang merintih
hati : senyuman yg diberikan palsu semata mata
bibir : ia nya utk menyenangkan hati orang yg berada disekeliling
hati : tak penatkah berlakon? sedangkan hati rasa mahu menjerit semahunya
bibir : berlakon? ianya bukan lakonan semata mata, tetapi adalah untuk mengajar diri lebih tabah dan kuat
hati : dengan senyuman?
bibir : ya dengan senyuman. kerana bila kita mampu mengembirakan orang lain, kita akan rasa gembira
hati : ya rasa tenang.. namun ia nya seketika..
bibir : tak mengapa hanya seketika tetapi kita tetap dpt rasakan sedikit ketenangan.
hati : ingin tersenyum seperti bibir. namun seikhlas mungkin.. namun adakah ia nya akan hadir lagi senyuman seperti itu?
bibir : tabah lah hati.. menangis lah agar tenang dapat dirasakan. senyuman akan terukir setelah kita puas menangis dan melepaskan apa yang terbuku...
hati : hati sebenarnya rindu dan terdetik kenangan lalu dan tutur kata yang dibicarakan...
bibir : hanya mampu tersenyum...
hati : tidak mahu menangis lagi.....

senyuman kini semakin indah diukirkan...
hati semakin tabah..
namun adakala kesakitan itu datang bila terkenang kenangan yang lalu..
hari yang dinanti kian hampir... sayu..
semkin sayu dirasakann..

" awk... awk igt tak awk kate nk dtg..?
awk kate nk bwk bunga utk saya... tp sbnrnya bkn bunga yg sy harapkan...
tp kehadiran awk...
tp dpt saya rasakan awk semakin jauh dari saya. semakin hilang semakin sayu..
hilang senyuman yang terukir di bibir.. dan hati semakin tidak dapat merasakan apa apa...
kaku dan beku.... "

bibir hanya mampu terus mengukir senyuman
namun hati ini.... biarlah hanya Allah yang mengetahui...
rindu yang bertaut dibiarkan sepi...
air mata yang mengalir dibiarkan beku..
kenangan yang bermain di ingatan dibiarkan berlalu...

No comments:

Post a Comment